Makanan Untuk Ibu Mengandung: Zat Penting Dalam Menu Harian

makanan untuk ibu mengandung

Penjagaan diet makanan untuk ibu mengandung perlu dititikberatkan pada setiap masa. Hal ini kerana mereka tidak boleh mengambil pemakanan secara sembarangan.

Selain itu, mereka memerlukan kalori tambahan bagi menjalani aktiviti harian seperti biasa dan juga untuk memastikan anak dalam kandungan menerima nutrien secukupnya.

Jadi, penjagaan diet makanan ini amat penting, terutamanya buat ibu-ibu mengandung yang sedang memasuki trimester kedua dan ketiga. 

Nak tahu makanan apa yang anda perlu amalkan dan zat apa yang penting perlu ada dalam diet anda jika anda hamil? 

Teruskan membaca!

Pentingnya Ibu Mengandung Mengambil Makanan Sihat

Untuk pengetahuan anda, ibu mengandung perlu mengambil sekurang-kurangnya 300 kalori lebih berbanding wanita yang tidak hamil.

Ia bukan sahaja untuk memastikan perkembangan bayi secara baik tetapi juga untuk memastikan kehamilan anda berjalan tanpa komplikasi. 

Kuantiti dan zat yang perlu diambil oleh ibu yang diambil juga berbeza mengikut berat badan. 

Disarankan ibu mengandung untuk mengikut penambahan berat badan seperti di bawah: 

  • Berat badan normal: tambah 11-16kg
  • Berat badan berlebihan: tambah 7-11kg
  • Kurang berat badan: tambah 12-18kg
  • Kandungan kembar: 16-20kg

Artikel berkaitan:

Tanda Awal kehamilan

Makanan Untuk Ibu Mengandung

  1.  Bijirin Penuh 
makanan untuk ibu mengandung bijirin penuh

Bijirin penuh merupakan makanan sarapan yang sesuai dan mudah untuk ibu mengandung.

Berbanding dengan bijirin diproses, bijirin penuh kaya dengan kandungan serat, vitamin dan sebatian tumbuhan. 

Bijirin penuh juga kaya dengan folate dan vitamin B yang diperlukan dalam kandungan yang tinggi terutamanya jika anda berada dalam trimester pertama. 

Bukan itu saja, bijirin penuh juga kaya dengan magnesium yang berperanan untuk mengalirkan darah kepada kandungan.

  1.  Telur
telur makanan untuk ibu mengandung

Telur bersaiz besar mengandungi sebanyak 77 kalori serta lemak dan protein yang berkualiti tinggi – nutrien yang anda perlukan dalam diet pemakanan.

Selain daripada kandungan vitamin dan mineral, telur juga merupakan sumber terbaik bagi kolin; yang sangat penting untuk pembangunan dan kesihatan tubuh dan otak.

Risiko yang mungkin dihadapi jika pengambilan kolin anda tidak mencukupi adalah kecacatan tiub saraf dan fungsi otak janin yang rendah. 

  1.  Daging 

Daging merupakan sumber protein yang berkualiti, tak kiralah daging ayam, lembu atau kambing. 

Tetapi, ibu-ibu mengandung disarankan untuk mengamalkan pemakanan daging tanpa lemak. 

Daging lembu kaya dengan zat besi, kolin dan vitamin B. 

Zat besi merupakan mineral penting yang diperlukan oleh sel darah merah bagi menghantar oksigen yang mencukupi ke seluruh badan dan kepada bayi.

Protein juga diperlukan dalam kadar yang banyak kerana ia membekalkan asid amino yang baik untuk perkembangan tulang dan otot. 

  1.  Ikan 
ikan makanan untuk ibu mengandung

Ikan juga merupakan sejenis daging yang menjadi sumber protein, zink dan zat besi; penting bagi proses perkembangan kandungan. 

Namun, ibu mengandung dinasihatkan untuk elak daripada memakan ikan yang mempunyai kadar merkuri yang tinggi seperti ikan tenggiri, ikan yu dan ikan todak. 

Sejenis daging ikan yang baik untuk ibu mengandung ialah ikan salmon.

Walaupun ikan salmon dikelaskan sebagai ikan berkelas tinggi dan agak mahal, ia sangat kaya dengan kandungan asid lemak omega-3. 

Asid lemak omega-3 ini merupakan sejenis sebatian yang membantu meningkatkan fungsi otak dan kesihatan mata bayi anda. 

Walaupun begitu, wanita mengandung disarankan untuk mengurangkan pengambilan makanan laut sebanyak 2 kali seminggu. 

Ini bagi mengelakkan pencemaran merkuri dan pencemaran lain yang mungkin terdapat dalam makanan laut tersebut.

  1.  Brokoli dan Sayuran Berdaun
brokoli dan sayuran makanan untuk ibu mengandung

Brokoli dan sayuran berdaun seperti bayam atau kale mengandungi banyak kandungan vitamin yang diperlukan oleh ibu mengandung. 

Brokoli sangat kaya dengan antioksidan, vitamin A, vitamin C dan zat besi; sangat penting untuk pastikan sistem imun dan pencernaan berjalan dengan lancar. 

Selain itu, sayur-sayuran ini mengandungi serat, vitamin K, kalsium, folate dan kalium yang diperlukan oleh ibu dan kandungan. 

Mengambil sayuran ini juga boleh mengelakkan masalah seperti sembelit, kencing kotor dan keputihan. 

  1.  Kekacang

Kekacang juga merupakan makanan yang sesuai untuk ibu mengandung seperti lentil, kacang pis, kacang soya, almond, walnut dan kacang tanah. 

Kekacang mengandungi pelbagai jenis nutrien seperti kalsium, zat besi, serat dan folate. 

Namun, anda juga dinasihatkan untuk elakkan kekacang berperisa bagi mengelakkan bahan kimia yang berlebihan yang tidak elok bagi kandungan. 

  1.  Produk tenusu

Semasa mengandung, anda disarankan untuk mengambil jumlah protein dan kalsium tambahan yang diperlukan untuk perkembangan bayi anda. 

Kalsium boleh dijumpai dalam kandungan yang banyak dalam produk tenusu selain daripada vitamin B, fosforus, zink dan magnesium. 

Antara produk tenusu yang baik untuk ibu mengandung adalah susu kambing. Ia bagus untuk perkembangan otak dan sistem saraf bayi dan yogurt yang kaya dengan probiotik.

Bagi anda yang masih lagi sedang mencuba untuk hamil, kami sarankan untuk anda mengamalkan FORTELLETM+ OMEGA-3 dalam diet anda. 

Apakah Fungsi FORTELLETM+ OMEGA-3?

Fortelle omega 3

FORTELLETM+ OMEGA-3 merupakan tablet yang membantu wanita mencapai kesuburan dengan natural melalui mikronutrisi. 

‘Pil kesuburan’ ini terbukti melalui kajian-kajian klinikal bahawa ia membantu kesuburan wanita dan yang paling penting, bebas hormon jadi anda tak perlu risau. 

Seiring dengan diet bersama FORTELLETM+ OMEGA-3, rawatan lain yang mungkin disarankan oleh pakar perubatan adalah: 

  • IVF (in vitro fertilisation = persenyawaan dalam tabung uji)
  • ICSI (Intracytoplasmic sperm injection = suntikan sperma langsung dalam sitoplasma sel telur)
  • TESE (testicular sperm extraction = pengekstrakan sperma dari tisu testis untuk rawatan kesuburan)
  • Rawatan hormon
  • Inseminasi

FORTELLETM+ OMEGA-3 membantu dari segi menyokong ovulasi supaya sel telur mampu bergerak melalui tiub falopian ke uterus. 

Selain itu, pengambilan pil ini boleh membantu meregulasi kitaran haid wanita serta membolehkan implementasi telur pada dinding uterus. 

FORTELLETM+ OMEGA-3 juga membantu wanita yang mempunyai masalah polycystic ovary syndrome (PCOS) dan meningkatkan kualiti embrio.

Leave a Reply

Your email address will not be published.