Tag: kitaran haid

Fasa dan Kiraan Kitaran Haid Normal Untuk Anda! 

kitaran haid

Kitaran haid merujuk perubahan berkala secara semulajadi yang berlaku dalam sistem reproduktif atau lebih spesifik rahim dan ovari.

Penting untuk difahami bagi menganggarkan tempoh subur dalam membantu membuat perancangan keluarga.

Bagaimana cara mengira kiraan haid untuk memastikan sama ada tempoh haid adalah normal atau tidak?

Teruskan membaca artikel ini untuk info ringkas kitaran haid daripada segi fasa dan kiraan yang normal.

Fasa Untuk Kitaran Haid

Hari pertama haid dan bila tamat adalah sangat penting untuk ditanda dalam kalendar.

Kitaran haid terbahagi kepada dua; iaitu kitaran ovari (perubahan di dalam folikel di ovari) dan kitaran rahim (perubahan di lapisan dalam rahim).

Kitaran ovari terdiri daripadatiga fasa iaitu fasa folikular, fasa pengovulan dan fasa luteum

  • Fasa Folikular

Fasa folikular bermula daripada hari pertama haid sehingga hari pengeluaran telur (ovum) wanita.

Semasa permulaan kitaran haid, folikel bersaiz kecil. Folikel yang kecil dalam ovari akan membesar untuk penghasilan ovum.

Pembesaran folikel diransang oleh hormon yang dipanggil sebagai Hormon FSH (Follicle Stimulating Hormone) yang dikeluarkan daripada kelenjar pituitari di otak.

Setelah folikel membesar, telur (ovum) juga akan mengalami pembesaran dari segi saiz dan menjadi matang dalam jangka masa 36 jam sebelum dibebaskan daripada ovari. 

Di bawah pengaruh beberapa hormon, hanya satu folikel dalam ovari yang menjadi domain lalu menjadi matang.

Apabila hormon LH telah mencapai tahan tertinggi, telur (ovum) akan dilepaskan dan ia masuk ke dalam saluran fallopian menuju ke rahim.

Hayat telur ini adalah 24 jam dan akan mati jika tidak disenyawakan dalam tempoh masa itu.

  • Fasa Pengovulan

Ovulasi merujuk kepada pengeluaran telur (ovum) yang matang daripada folikel pada permukaan kelenjar ovari.

Ia berlaku ketika pertengahan kitaran haid iaitu biasanya dua minggu sebelum kedatangan haid berlaku.

Pada hari ke-14, untuk tempoh 28 hari bagi kitaran haid berlaku peningkatan hormon peluteinan yang mendadak.

Peningkatan hormon ini menyebabkan proses pengovulan berlaku.

  • Fasa Luteum

Fasa luteum bermula setelah telur yang matang dilepaskan daripada folikel pada permukaan ovari. Kemudian membentuk korpus luteum.

Korpus luteum akan mengeluarkan hormon progesterone dan pengeluaran hormon oestrogen makin berkurang.

Kombinasi kedua hormon akan menebalkan lapisan endometrium dalam rahim sebagai persediaan menerima telur yang telah disenyawakan.

Jika kehamilan tidak berlaku, korpus luteum akan mengecut dan menyebabkan penurunan hormon progesterone dan lapisan endometrium dikekalkan.

Ia menyebabkan haid bermula dan kitaran berulang.

Kiraan untuk Haid Normal

Tempoh kitaran haid yang berlaku pada setiap bulan adalah selama 28-30 hari secara purata.

Adakah dikira normal jika seseorang wanita itu mendapat dua haid dalam sebulan?

Contoh, jika mempunyai kitaran 21 hari dan hari pertama haid adalah pada 1hb April, maka haid yang seterusnya adalah pada 21hb April.

Secara ringkas, satu kitaran haid yang normal adalah antara 21 hari hingga 35 hari.

Menjawab persoalan diatas, ia dikira normal untuk wanita tersebut.

Apabila seseorang wanita itu tahu kitaran haid mereka, maka menjadi mudah untuk mereka bagi mengetahui waktu subur mereka.

Apa Yang Perlu Anda Buat Apabila Haid?

1. Mengatasi perasaan yang tidak stabil

Hormon ketika haid boleh mempengaruhi perasaan anda. Ia adalah normal jika anda terasa begitu sensitif atau tertekan.

Oleh itu, disarankan untuk membuat aktiviti yang membantu anda berada dalam perasaan yang stabil.

2. Tidur secukupnya

Tidur dengan secukupnya ketika haid boleh mempengaruhi tubuh dan minda untuk menjadi lebih segar.

Anda boleh melakukan aktiviti ringan sebelum tidur untuk menenangkan diri terlebih dahulu.

3. Makan

Anda pasti cepat berasa lapar ketika datang haid dan craving makanan manis.

Anda perlu makan mengikut waktu dan makan dalam kuantiti yang terkawal.

Ambil makanan yang berzat seperti buah-buahan atau sayur-sayuran supaya badan memperoleh nutrien yang secukupnya.

4. Melakukan senaman

Anda tidak semestinya perlu melakukan senaman seperti berjogging ataupun ‘workout’.

Anda boleh berjalan-jalan di sekitar taman kediaman rumah atau melakukan tarian zumba di rumah bagi mengeluarkan peluh.

Ia akan membantu anda menjadi lebih aktif dan bertenaga, selain dapat melepaskan stres.

Anda juga dapat mengurangkan kesakitan senggugut ketika haid kerana endorfin dihasilkan apabila bersenam. Endorfin ialah bahan kimia (hormon) yang dikeluarkan oleh badan yang membantu untuk melegakan kesakitan.

Kesimpulannya, kitaran haid merupakan aspek penting kerana melambangkan kesihatan dan kesubutan seorang wanita.

Kitaran haid boleh menjejaskan peluang untuk kehamilan.

Oleh itu, jika haid tidak teratur atau tidak normal sila berjumpa doktor bagi mengetahui punca.

Untuk mendapatkan pembacaan lebih lanjut berkaitan aspek kesuburan, layari laman web kami dengan klik pada pautan di bawah ini.

Fertility Pill For Women Malaysia | FORTELLE+OMEGA-3