7 Tanda Awal Kehamilan Yang Bakal Ibu Perlu Tahu

tanda awal kehamilan

Semasa mengandung badan wanita akan mengalami pelbagai perubahan daripada segi fizikal, emosi dan psikologi. Jadi, mereka perlu cakna akan 7 tanda awal kehamilan sebagai langkah berjaga-jaga.

Wanita-wanita yang ingin mengandung boleh merasakan perubahan seawal 1 minggu setelah konsepsi (conception). Tetapi, mungkin terlalu awal untuk melakukan ujian kehamilan. 

Oleh itu, mereka akan memerhati dulu tanda-tanda mengandung yang ada kerana perubahan yang dikatakan tadi. 

Walaupun tidak sama bagi semua wanita tetapi kebanyakkan akan mempunyai tanda-tanda yang akan kami kongsikan.

Teruskan membaca untuk mengetahui 7 tanda-tanda mengandung yang bakal ibu perlu tahu.

7 Tanda-tanda Awal Kehamilan

  1.  Kekejangan abdomen 

Biasanya, wanita yang mengandung akan mengalami kekejangan di bahagian rahim dan abdomen. 

Kekejangan terasa menggembung seakan-akan tanda sebelum waktu haid atau menstruasi.

Hal ini mungkin kerana perubahan hormon progesteron yang berlaku apabila seseorang itu mengandung.

Kekejangan juga boleh disebabkan oleh telur yang dalam proses untuk melekat pada dinding uterus. 

Hormon progesteron mengakibatkan pergerakan otot lebih perlahan dan memberi kesan kepada bahagian pencernaan.

Keadaan ini boleh menyebabkan masalah sembelit atau pedih ulu hati, yang juga merupakan salah satu tanda kehamilan. 

Proses pencernaan dilambatkan supaya badan mempunyai lebih masa menyalurkan nutrisi kepada kandungan. 

  1.  Selera Makan Berubah
tanda awal kehamilan

Umum tahu tanda awal mengandung adalah merasa mual yang boleh muncul seawal dari dua minggu persenyawaan. 

Selain itu, rasa pening dan mudah letih juga merupakan tanda-tanda seseorang itu mengandung.

Hal ini kerana tubuh bekerja untuk membesarkan fetus dalam rahim dan menyalurkannya dengan nutrisi, tidak kira waktu. 

Sebab itulah wanita mengandung biasanya cepat rasa letih dan ada juga yang mengidam. 

Mengidam menjadi satu cara badan untuk memberitahu para ibu mengandung makanan tertentu yang diinginkan. 

Tetapi jika mengidam makanan yang tidak berkhasiat, para ibu perlu belajar untuk mengawal kuantiti dan kekerapan makan. 

Ini bagi mengurangkan kemudaratan kepada diri dan perkembangan bayi dalam kandungan.

Pengambilan makanan yang tinggi dengan nutrisi sangat penting untuk tumbesaran bayi yang baik. 

  1.  Emosi Tak Menentu

Bukan selera makan sahaja berubah, emosi turut senang berubah-berubah ketika mengandung. 

Biasanya ibu mengandung menjadi cepat sensitif, sedih dan marah malah emosi ini sukar dikawal atau dielak kerana hormon meningkat secara drastik semasa mengandung. 

Perubahan lain pada tubuh seperti cepat letih dan mengalami tekanan juga boleh menyumbang kepada emosi yang tidak stabil.

  1.  Terlepas Menstruasi
tanda awal kehamilan

Tanda mengandung yang ini mudah dikesan terutamanya bagi wanita yang kitaran haidnya adalah konsisten dan tetap. 

Kalau lewat menstruasi, biasanya wanita akan terus menjangka mereka mengandung. 

Tetapi ada juga wanita mengandung tetapi menyangka mereka tidak kerana berlaku pendarahan yang disangkakan darah haid. 

Namun, pendarahan tersebut perkara biasa yang mungkin berlaku kerana pelekatan telur pada rahim setelah persenyawaan. 

Tetapi tidak semua wanita terlepas atau lewat datang haid itu mengandung kerana ada juga kondisi ini berlaku kerana perubahan diet, tertekan dan faktor-faktor lain. 

Sebab itulah pentingnya anda melakukan ujian kehamilan paling awal 7 hari selepas tarikh yang sepatutnya anda datang haid. 

  1.  Kerap Membuang Air Kecil 

Hormon hCG (human Chorionic Gonadotropin) dirembeskan oleh kantung bayi (placenta) selepas fetus melekat pada rahim. 

Hormon ini membuatkan seseorang itu kerap rasa ingin membuang air kecil.

Biasa kita dengar wanita yang sarat mengandung selalu terasa ingin membuang air kecil kerana bayi dalam kandungan menekan bahagian pundi kencing, kan?

Tetapi sebenarnya rasa selalu ingin ke tandas ini juga merupakan tanda awal mengandung. 

Selain hormon hCG, badan juga menambah kandungan cecair termasuk darah untuk persediaan membesarkan bayi dalam kandungan.

Jadi, buah pinggang bekerja lebih menyebabkan wanita mengandung mengalami kekerapan membuang air kecil tinggi.

  1.  Perubahan Pada Payudara 

Perubahan pada payudara merupakan salah satu tanda awal yang para ibu boleh perhatikan. 

Perubahan pada puting payudara yang dirasakan menonjol keluar dan areola (kawasan gelap puting) semakin membesar. 

Kawasan dada membengkak, membesar dan sensitif kerana kelenjar menjadi aktif sebagai persediaan menyusukan bayi. 

Kadangkala wanita terlepas pandang perubahan ini kerana rasa bengkak itu seperti sebelum atau semasa menstruasi. 

Jadi, ramai yang menyangka mereka hanya melalui perubahan sebelum menstruasi dan bukannya tanda awal mengandung. 

  1.  Mudah Dijangkiti 

Wanita mengandung mudah dijangkiti virus termasuk mudah diserang batuk dan selsema.

Kadar progesteron yang tinggi berfungsi menahan imunisasi badan wanita daripada menyerang DNA baharu dan asing yang dimiliki oleh fetus.

Bila imunisasi tidak dapat berfungsi seperti biasa, maka virus dan bakteria mudah menyerang.

Selain itu, muka, gusi dan mata yang membengkak juga boleh menjadi tanda awal mengandung.

Jika anda ingin memastikan tubuh badan anda sihat dan subur untuk menghasilkan kandungan yang sihat, cubalah FORTELLETM+ OMEGA-3.

Apa Itu FORTELLETM+ OMEGA-3? 

tanda awal kehamilan

FORTELLETM+ OMEGA-3 merupakan supplement yang boleh membantu wanita untuk meningkatkan tahap kesuburan mereka secara natural melalui mikronutrisi. 

‘Pil kesuburan’ ini merupakan formulasi yang bebas hormon. 

Seiring dengan perubahan gaya hidup dan pengambilan supplement FORTELLETM+ OMEGA-3, rawatan lain yang mungkin disarankan oleh pakar perubatan adalah: 

  • Rawatan hormon
  • Inseminasi
  • IVF (in vitro fertilisation = persenyawaan dalam tabung uji)
  • ICSI (Intracytoplasmic sperm injection = suntikan sperma langsung dalam sitoplasma sel telur)
  • TESE (testicular sperm extraction = pengekstrakan sperma dari tisu testis untuk rawatan kesuburan)

FORTELLETM+ OMEGA-3 menyokong ovulasi untuk memastikan pembebasan sel telur yang sihat dari ovari, dan melalui tiub fallopio untuk bertemu dengan sel sperma bagi tujuan persenyawaan. 

Selain itu, pengambilan pil ini boleh membantu meregulasi kitaran haid wanita serta membolehkan implementasi telur pada dinding uterus. 

Hasil kajian sains juga menunjukkan bahawa pengambilan FORTELLETM+ OMEGA-3 lebih efektif berbanding dengan pengambilan asid folik sahaja dari segi peningkatan tahap kesuburan wanita. 

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, tekan link dibawah.

Dapatkan FORTELLETM+ OMEGA-3 Sekarang!

Leave a Reply

Your email address will not be published.